Friday 17 February 2012

Cerita Motivasiku 3tahun lalu..

Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan Al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya, lalu org ramai membawa jenazah seorang lelaki. Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu Hasan Al-Basri mengikuti jenazah itu..

Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu," Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yg semacam ini dalam hidupku?"

Berkata Hasan Al-Basri," Wahai anak kecil, tidak akan datang hari seperti ini kepada ayahmu."

Setelah Hasan Al-Basri menyembahyangkan jenazah tersebut, beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Al-Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Al-Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat pintu rumahnya.

Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yg kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.

Berkata Hasan Al-Basri dalam hatinya," anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yg akan bermanfaat bagiku,' Hasan Al-Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Al-Basri pun bersembunyi.

Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya di atas tanah sambil menangis dia berkata," Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi,"Wahai ayahku,kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yg menghamparkan tempat tidurmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku yang picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yg terbuka, siapakah yg menutupmu mlm tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu minum, siapakah yang mmberimu minum malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yg merenungi malam tadi?"

"Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu panggil malam tadi dan siapa pula yang menjawab pnggilanmu? 
Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu makan makanan yang mnjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang mmberimu makan makanan yg menjadi kegemaranmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi, "Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmasakkan berbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?"

Sebaik sahaja Hasan Al-Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan mmperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. 
Berkata Hasan Basri," Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakan seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu ke arah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan ke arah lain? 
Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu? 
Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yg beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah), apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnye para ulama' berkata bahawa sesetengah mereka diganti kafannye dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya pula diganti dengan kafan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu digantikan dengan kafan syurga atau kafan neraka? 
Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka."
"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata kubur itu memeluk sesetengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan mmbenci serta menghimpit sesetengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?"
"Wahai ayahku, para ulama' berkata bahawa sesiapa yg diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yg bertaqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yg membuat dosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikanmu?"
"Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?"
"Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak akan dapat bertemu denganmu lagi hingga hari kiamat, ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari pertemuan dengannya pada hari kiamat nanti"

Berkata anak kecil itu," Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai."

Setelah itu, Hasan Al-Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.


Always remember: Ayahnda ku..  Al-fatihah......

1 comment: