Thursday 30 May 2013

Berani


Bila tahu perkara sebenar- kering tekak, lembab mata--
apa nak buat, dinosour sudah jadi petroleum,
aku semai benih harap pokok bunga kembang mekar di kemudian hari-
baru aku sedar, biji yang dianggap benih tu sudah rosak-- memang tidak akan tumbuh pon.
lelah aku tunggu hasilnya.

lelaki kena lah kental jiwanya--
tampak orang berupa si gasar, ditumbuk tak tumbang-- di pasak masih steady.
tapi sayangnya- hati selembut tisu, macam mana nak cover lagi.

kadang aku jadi telinga mereka yang bersedih di rempuh duka--
aku dengar, mulut pula berkumat kamit beri harapan lagi berjenaka-gembira.
bahagia sungguh mereka.
iyalah. dalam hati siapa yang tahu.
itu saja aku mampu. selesai.

kisah malam itu.

puncanya aku juga salah--
bertanya rupa sahabat, bergurau rupa teman karib.
nah. bocor semua kata-perasaannya.
aku dapat apa aku mahu. tapi sedih ini aku tak mahu.
ahh. sibuk bertandang dihati pula.

sekarang--
aku lalui apa yang ditempuh mereka-mereka itu,
mana telinga? mana bibir pemberi harapan?
perit jiwa tiada peduli.

sudahnya, di hempuk baru mendongak ke atas--
mohon kekuatan bagai. ahh.. tak tahu malu,
pentingkan diri saja.
hoi. orang lain sudah pusingan kedua rentas galaksi,
kau bergomol bantal terperuk layan nyanyian syaitan.

------

eh. aku sudah mula bertatih lah.
lepas ini aku bertati. berjalan. berlari--
keluar mengejar cahaya.