Tuesday 20 August 2013

Tahi Nyamuk


Ada match Chelsea lwn Hull City. Aku, adik-adik dan mak tercongok depan tv tapi adik aku seorang lagi sudah tidur.. dia tak minat sukan bola.. dia suka sukan renang.. uh..

Masa kami tengah khusyuk tengok bola, mak aku sebagai peng-anti tegar Chelsea juga merupakan Ultras Barcelona mula buat spekulasi bahawa Chelsea akan kalah seperti Arsenal..

tapi ini bukan cerita pasal bola.. ceritanya macam ini..

Masa tengah nonton, adik aku dah terbunkang tidur di tengah-tengah kami ni.. tiba-tiba, "Panngggg" Mak aku tampar muka adik aku.. aku terkejut lah.. kenapa ni..?

Adik aku separa sedar dan berdengus berkata,

" Eeee, apa mak ni.. kan dah terjaga..."

Mak aku menjawab,

 " Nyamuk lah...."

Adik aku bising-bising dan sambung tidur..

Kemudian mak aku bersuara,

" Nyamuk ke tahi lalat eh....", sambil cari nyamuk tadi di tapak tangan...


P/s : Power kaca-mata mak aku ada la dalam 300 - 400++.....


Thursday 30 May 2013

Berani


Bila tahu perkara sebenar- kering tekak, lembab mata--
apa nak buat, dinosour sudah jadi petroleum,
aku semai benih harap pokok bunga kembang mekar di kemudian hari-
baru aku sedar, biji yang dianggap benih tu sudah rosak-- memang tidak akan tumbuh pon.
lelah aku tunggu hasilnya.

lelaki kena lah kental jiwanya--
tampak orang berupa si gasar, ditumbuk tak tumbang-- di pasak masih steady.
tapi sayangnya- hati selembut tisu, macam mana nak cover lagi.

kadang aku jadi telinga mereka yang bersedih di rempuh duka--
aku dengar, mulut pula berkumat kamit beri harapan lagi berjenaka-gembira.
bahagia sungguh mereka.
iyalah. dalam hati siapa yang tahu.
itu saja aku mampu. selesai.

kisah malam itu.

puncanya aku juga salah--
bertanya rupa sahabat, bergurau rupa teman karib.
nah. bocor semua kata-perasaannya.
aku dapat apa aku mahu. tapi sedih ini aku tak mahu.
ahh. sibuk bertandang dihati pula.

sekarang--
aku lalui apa yang ditempuh mereka-mereka itu,
mana telinga? mana bibir pemberi harapan?
perit jiwa tiada peduli.

sudahnya, di hempuk baru mendongak ke atas--
mohon kekuatan bagai. ahh.. tak tahu malu,
pentingkan diri saja.
hoi. orang lain sudah pusingan kedua rentas galaksi,
kau bergomol bantal terperuk layan nyanyian syaitan.

------

eh. aku sudah mula bertatih lah.
lepas ini aku bertati. berjalan. berlari--
keluar mengejar cahaya.


Monday 29 April 2013

Dewasa ini

Akhir ini aku faham, aku bukan punya segala--
Akhir ini aku faham, erti sebuah kasih sayang--
Akhir ini aku faham, menjaga hati seorang insan--
Akhir ini aku faham, aku kehilangan.

Di pukul di pasung aku bertahan--
membalas batu dengan kasih.

Memang lumrah isi karma agaknya-

Ah.! rileks la.. Manusia makin tua..

Thursday 25 April 2013

Amaran keras PRU 13


kawan-kawan saya pergi memasang bendera tanpa upah--
kawan-kawan saya berkempen tanpa peduli penat lelah--
kawan-kawan saya pergi jelajah tanpa sumbangan kewangan--
kawan-kawan saya membanting tulang menyediakan tempat--
kawan-kawan saya meninggalkan anak dan isteri demi kamu,
kawan-kawan saya meninggalkan ibu ayah temani kamu,
kawan-kawan saya menyokong tanpa ragu dan yakin dengan KAMU.

Amaran saya kepada Calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, andai kamu khianati kawan-kawan saya yang sedang berjuang di jalan Allah dengan menyokong kalian biar sebesar zarah sekali pon. Sumpah LAHANAT dan CELAKA lah keatas kamu atas apa yang telah dikerjakan mereka membantu kalian. Jadilah kamu sebahagian 'kayu-kayu' api yang membakar di JAHANAM kelak dengan apa yang kamu khianati mereka.

Semoga Allah bersama kalian wahai sahabat-sahabat.

Saturday 20 April 2013

Taman Jaya


Aku punya memori kuat--   
Ingat tentang kita, bertahun dulu.
Dan kenangan disisip elok di daerah memoir-- 
Aku, kau dan pohon itu.
Memandang langit aku bercerita-senda,
Antara pohon dan di bangku duduk bersama.
Disaksikan tasik kecil kita berjanji-sama-- 
Ingkar dicampak neraka, pegangan menjadi syurga,
Hanya itu yang aku ingat, hari keramat janji kita--
Akhirnya-- berpisah jasad dan nyawa, kata itu jadi abu ditiup masa.

Ia hanya kenangan, satu kisah dongeng, mitos hasil halusinasi,
Mengajar hati tentang kasih orang, cinta manusia, sayang seorang insan --
Yang paling indah,
Saat itu menyagat sakit--
Masa itu menghakis luka, sekarang?

Wednesday 10 April 2013

Peduli.!


Suruh tengok-tengok hati dia--
dah kecil, katanya.
suruh tengok-tengok perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak-rabak--
ada orang tanya.?

Monday 7 January 2013

Kepentingan Politik Kotor di Malaysia



Pada 13/10@9/2012 aku telah mula melangkah ke alam pekerjaan (kind of).. jadi, aku perlulah matang, berkarisma, berintegrasi, berkeyakinan, ber-elegan(urh..!) tapi........ apa yang terjadi adalah....  aku kurang keyakinan dalam membuat sesuatu hal atau lebih dikenali sebagai leak self-confidencious deceaseso dalam bahasa latin.. malah, lebih memeritkan jiwa adalah aku menjadi superr Blurr.. semakin bertambah masalah ini hari ke hari sejajar dengan berat badanku.. fikiran seputih awan nano-nano, minda sebiru barisan nasional, imaginasi sehijau pakatan rakyat... uhhhh... tension... 

Jadi, aku mula mengorak langkah pencegahan awal seperti menunggu konfiden aku datang semula.. dan, seperti dijangka ia berhasil dan berjaya mengekalkan penyakit tersebut..

Langkah seterusnya... masih dalam waiting list.. sebabnya aku pon tak berapa nak konfiden sangat buat semua itu.. 

Tetapi... sebenarnya membina keyakinan tak payah.. cuma susah saja.. hanya komitmen yang diperlukan untuk menjadi Tiang asas dalam membina keyakinan tersebut. seterusnya dapat saya gariskan disini beberapa tips..

1. Cuba memanipulasikan minda kepada perkara positif dalam setiap perbuatan.

2. Berbahagia lah.!! (kebahagian dapat dikecapi bergantung kepada kelajuan internet)

3. cukup la tu..

4. tak dak idea da..

5. saja nak panjangkan lagi entry ni.

hurmm...

aku berharap dapat berubah.. 


"إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ"
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'du:11). 


-Adapun Kitab Tafsir Jalalain dan Khozin mentafsirkan Keadaan itu adalah Nikmat. Nikmat yang telah mereka rubahkan kepada ma'siat @ kufur keatasnya itu nikmat tersebut. (ayat pondok2) :D
misalnya;- Memiliki sebuah banglo,namun banglo tersebut di buat parti mabuk2 berserta joget lambuk 'berikhtilat', tarian kuda kepang yang dicuri , berjudi bertaruh keatas pergaduhan hamster dengan kucing dan sebagainya. 

P/S : CONTOH tu SENDIRI PUNYA, bukan dalam kitab.. 

Baiklah... Berbalik kepada tajuk entry ini... Kepentingan Politik Kotor diMalaysia adalah sangat-sangat ...............................

.
.
.

~OH.. bila mau matang ni..