Tuesday 14 February 2012

Silap

Aku tak berapa pasti nak tulis apa. tiba-tiba aku baru teringat yang aku ada blog(gelak dalam hati). ni suma gara-gara aku tidur awal selepas magrib on-the-spot. kiranya kena lah dengan guideline yang aku gubal awal tahun 2012. bukan prinsip ye.

Aku on pesbuk supaya aku ada lah perkara nak cakap. semua sibuk post, re-post, share post, tak ketinggalan like post juga tentang isu Syria. sebagai manusia yang hensem lg cakna isu semasa mohon sahabat pembaca.. sekurang-kurangnya doa lah mohon di'thabatkan hati mereka pada jalan yang diredhai Allah dan tabah hadapi kekejaman rejim basyar asad. Ya Allah, selamatkan saudara-saudaraku daripada kezaliman di tanah syam.. ameen.. mudah bukan?

sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, soploh menjak ini. aku kurang aktif dan sememangnya aku kurang pon dalam penulisan(sila kutuk dalam hati ye).aku lebih tumpu pada pembacaan saja. buku aku 'the lucifer effect' pon tak habis-habis lagi. walaupon umurnya mencecah setahun. sebab tulisannya yang kecil dan tebal tu antara faktor lambat habis. dan bila aku ada buku baru. aku tukar baca buku laen. XoXo

baiklah, aku cuba untuk tutup mata dan muhasabah diri. walaupun sudah puas tido tadi. round kedua pulak. ni semua silap aku tak boleh hold berjaga lagi 3jam supaya aku boleh tido seperti orang normal pada jam 11malam.

*sedang bertanya pada diri adakah patut aku tuka template. bosanlah kaler nih. nak cuba tukar yang agak-agak kena dengan jiwa vintage yang sedang aku mainkan.

wasalam.

No comments:

Post a Comment