Sunday 13 November 2011

4 perkara yang aku ingin belajar.

firstly, aku memang suka menulis waktu tengah2 malam. rumate da tido. sebab aku tak boleh bagi perhatian pada penulisan kalau dia hidup lagi.. Aku pon pelik, tiap kali dengar berdengkur je boleh memberikan satu inspirasi. lepas ni boleh buat time exam. aku upah la sekadar yang mampu... anyone..!? lalala~

4 Perkara yang aku ingin belajar :-

1)  Belajar memaafkan.
     -Sikap aku yang tidak pernah berubah sejak aku pandai naik basikal ialah memaafkan orang lain. bukan apa, kadang2 sampai aku dendam giler. tapi tak pernah balas pon. tu antara titik positif yang ada dalam sikap dendam aku ni. kalau tension dengan someone mesti aku masam muka, buat dono kat orang tu.. aku pon lemas hidup tanpa sifat pemaaf ni..

2)  Belajar main piano.
     - Sebenarnya dah lama aku nak main alat musik ni. dulu aku penah ambil lesson main gitar dari seorang kawan kat sini. agaknya dia pon fed-up sebab aku tak terer2. jadi aku pon fed-up jugak.. haha.. lately, aku selalu bukak u-tube dengar dan perati orang main piano. kena la dengan watak romeo aku yang bawa sekarang neh. tapi main piano cam lebih susah dari gitar jek.....

3)  Belajar taranum quran.
    - Bila dengar kawan2 aku bace quran, kemain sedap lagi, mendayu-dayu alunan taranum, tepat makraj dan betol tajwidnya. kalau aku baca, mendayu-dayu orang tegor salah tajwid dan makhraj lalu pergi ke bilik lain sambil pasang lagu revolvers- namun ku punya hati. sudah macam pencemaran bunyi. memang dapat pahala tapi kalau macam menganggu manusia cane?haha

4)  Belajar jadi rajin. (0_-!)
   - fuhhh.... MALAS ini masalah genetik ke ape, aku pon tak tau. kang aku tanya mak aku. mak cakap aku anak angkat pulak. padahal mak n arwah ayah rajin je aku tengok. Sikap bertangguh, bermalas-malasan tak pernah berubah dari 21-10-1988... haa.. lama kan..! tu tarikh lahir aku.. mana ada baby lahir jadi rajin.. rajin mintak susu dengan melalak ada la.. sapa yang lahir terus rajin tolong mak dia sidai baju, kupas bawang ke sila angkat tangan, meh aku nk belanja kenny rogers.. tapi kena ada evidence la.. kalau tak, sorry to say..

Nota kaki :- Sesiapa yang ingin apply jadi guru peribadi. sila email ke fiq_8637@yahoo.com. Calon perempuan yang mempunyai Ph.d diberi keutamaan.

Sekian. wasalam..


No comments:

Post a Comment