Friday, 17 February 2012

Cerita Motivasiku 3tahun lalu..

Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan Al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya, lalu org ramai membawa jenazah seorang lelaki. Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu Hasan Al-Basri mengikuti jenazah itu..

Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu," Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yg semacam ini dalam hidupku?"

Berkata Hasan Al-Basri," Wahai anak kecil, tidak akan datang hari seperti ini kepada ayahmu."

Setelah Hasan Al-Basri menyembahyangkan jenazah tersebut, beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Al-Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Al-Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat pintu rumahnya.

Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yg kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.

Berkata Hasan Al-Basri dalam hatinya," anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yg akan bermanfaat bagiku,' Hasan Al-Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Al-Basri pun bersembunyi.

Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya di atas tanah sambil menangis dia berkata," Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi,"Wahai ayahku,kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yg menghamparkan tempat tidurmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku yang picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yg terbuka, siapakah yg menutupmu mlm tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu minum, siapakah yang mmberimu minum malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yg merenungi malam tadi?"

"Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu panggil malam tadi dan siapa pula yang menjawab pnggilanmu? 
Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmberimu makan makanan yang mnjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang mmberimu makan makanan yg menjadi kegemaranmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi, "Wahai ayahku, kelmarin dulu aku mmasakkan berbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?"

Sebaik sahaja Hasan Al-Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan mmperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. 
Berkata Hasan Basri," Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakan seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu ke arah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan ke arah lain? 
Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu? 
Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yg beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah), apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnye para ulama' berkata bahawa sesetengah mereka diganti kafannye dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya pula diganti dengan kafan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu digantikan dengan kafan syurga atau kafan neraka? 
Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka."
"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata kubur itu memeluk sesetengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan mmbenci serta menghimpit sesetengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?"
"Wahai ayahku, para ulama' berkata bahawa sesiapa yg diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yg bertaqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yg membuat dosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikanmu?"
"Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?"
"Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak akan dapat bertemu denganmu lagi hingga hari kiamat, ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari pertemuan dengannya pada hari kiamat nanti"

Berkata anak kecil itu," Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai."

Setelah itu, Hasan Al-Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.


Always remember: Ayahnda ku..  Al-fatihah......

Tuesday, 14 February 2012

[travelOgue] - Palmyra,Syria. (ancient fragments)

lets picture tell a tales...










Site Information
Names:Palmyra; Tadmor ("Palm Tree")
Location:Syria
Faiths:Original/Primary: Indigenous
Current/Secondary: Ancient Roman
Denomination:Aramean
Dedication:Bel/Baal
Categories:City Ruins; Temples; World Heritage Site
Architecture:Classical, Roman
Date:flourished 2nd-3rd centuries AD
Status:ruins

Visitor Information
Coordinates:34.554259° N, 38.266175° E   (view on Google Maps)
Lodging:View hotels near this location


Silap

Aku tak berapa pasti nak tulis apa. tiba-tiba aku baru teringat yang aku ada blog(gelak dalam hati). ni suma gara-gara aku tidur awal selepas magrib on-the-spot. kiranya kena lah dengan guideline yang aku gubal awal tahun 2012. bukan prinsip ye.

Aku on pesbuk supaya aku ada lah perkara nak cakap. semua sibuk post, re-post, share post, tak ketinggalan like post juga tentang isu Syria. sebagai manusia yang hensem lg cakna isu semasa mohon sahabat pembaca.. sekurang-kurangnya doa lah mohon di'thabatkan hati mereka pada jalan yang diredhai Allah dan tabah hadapi kekejaman rejim basyar asad. Ya Allah, selamatkan saudara-saudaraku daripada kezaliman di tanah syam.. ameen.. mudah bukan?

sejak dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak, soploh menjak ini. aku kurang aktif dan sememangnya aku kurang pon dalam penulisan(sila kutuk dalam hati ye).aku lebih tumpu pada pembacaan saja. buku aku 'the lucifer effect' pon tak habis-habis lagi. walaupon umurnya mencecah setahun. sebab tulisannya yang kecil dan tebal tu antara faktor lambat habis. dan bila aku ada buku baru. aku tukar baca buku laen. XoXo

baiklah, aku cuba untuk tutup mata dan muhasabah diri. walaupun sudah puas tido tadi. round kedua pulak. ni semua silap aku tak boleh hold berjaga lagi 3jam supaya aku boleh tido seperti orang normal pada jam 11malam.

*sedang bertanya pada diri adakah patut aku tuka template. bosanlah kaler nih. nak cuba tukar yang agak-agak kena dengan jiwa vintage yang sedang aku mainkan.

wasalam.

Sunday, 27 November 2011

Jalan

hidup yang kosong.. lumrahnya untuk mengisi.. apa yang perlu disi....?

Pengalaman

orang kata pengalaman mendewasakan kita.. tapi matang kah kita? yang dilalui selama ini bukan sekadar pengalaman.. hingga terlupa apa yang penting.

maksud kehidupan

mengharungi hidup penuh ranjau.. terasa manis kadang tertelan pahit.. apakah itu dapat dielak..? tidak sedar sesuatu paling berharga.. akan diguna untuk melindungi diri.

pengabdian

hingga sampai putaran masa.. hukum yang kekal.. tunduk juga akhirnya.. pada yang Kekal juga diserah.. permulaan dan penamat ingin segara diketahui..

matlamat

andai apa yang dicari tidak ditemui.. bukan itu penghayatan yang di ingini.. satu kebenarannya.. sebuah perjalanan kehidupan.. satu pelumbaan dua haluan.. satu cita-cita.. menuju keredhaanMu..

bersediakah kita?








Sunday, 13 November 2011

4 perkara yang aku ingin belajar.

firstly, aku memang suka menulis waktu tengah2 malam. rumate da tido. sebab aku tak boleh bagi perhatian pada penulisan kalau dia hidup lagi.. Aku pon pelik, tiap kali dengar berdengkur je boleh memberikan satu inspirasi. lepas ni boleh buat time exam. aku upah la sekadar yang mampu... anyone..!? lalala~

4 Perkara yang aku ingin belajar :-

1)  Belajar memaafkan.
     -Sikap aku yang tidak pernah berubah sejak aku pandai naik basikal ialah memaafkan orang lain. bukan apa, kadang2 sampai aku dendam giler. tapi tak pernah balas pon. tu antara titik positif yang ada dalam sikap dendam aku ni. kalau tension dengan someone mesti aku masam muka, buat dono kat orang tu.. aku pon lemas hidup tanpa sifat pemaaf ni..

2)  Belajar main piano.
     - Sebenarnya dah lama aku nak main alat musik ni. dulu aku penah ambil lesson main gitar dari seorang kawan kat sini. agaknya dia pon fed-up sebab aku tak terer2. jadi aku pon fed-up jugak.. haha.. lately, aku selalu bukak u-tube dengar dan perati orang main piano. kena la dengan watak romeo aku yang bawa sekarang neh. tapi main piano cam lebih susah dari gitar jek.....

3)  Belajar taranum quran.
    - Bila dengar kawan2 aku bace quran, kemain sedap lagi, mendayu-dayu alunan taranum, tepat makraj dan betol tajwidnya. kalau aku baca, mendayu-dayu orang tegor salah tajwid dan makhraj lalu pergi ke bilik lain sambil pasang lagu revolvers- namun ku punya hati. sudah macam pencemaran bunyi. memang dapat pahala tapi kalau macam menganggu manusia cane?haha

4)  Belajar jadi rajin. (0_-!)
   - fuhhh.... MALAS ini masalah genetik ke ape, aku pon tak tau. kang aku tanya mak aku. mak cakap aku anak angkat pulak. padahal mak n arwah ayah rajin je aku tengok. Sikap bertangguh, bermalas-malasan tak pernah berubah dari 21-10-1988... haa.. lama kan..! tu tarikh lahir aku.. mana ada baby lahir jadi rajin.. rajin mintak susu dengan melalak ada la.. sapa yang lahir terus rajin tolong mak dia sidai baju, kupas bawang ke sila angkat tangan, meh aku nk belanja kenny rogers.. tapi kena ada evidence la.. kalau tak, sorry to say..

Nota kaki :- Sesiapa yang ingin apply jadi guru peribadi. sila email ke fiq_8637@yahoo.com. Calon perempuan yang mempunyai Ph.d diberi keutamaan.

Sekian. wasalam..


Wednesday, 26 October 2011

Pesanan penaja #1

ehem2...

hamba mohon maaf pada yang klik Follow blog neh.. walaupon ada belas2 je tapi amat bermakna.. ngeh2..
untuk makluman, sebenarnya aku memang tak reti nk follow balik.. miahahaha..
asl aku klik follow kuar kejadah sign in hape tah.. itu yang membuat aku jadi fed-up dan mengabaikan collum follow neh.. huhu..
sape2 yang sudi mngajar tolong la tinggalkan cara2 mengajar.. please.. spoon-feed-me...!




sekian pesanan dari penaja...  [TQ pada yang memberi usul] :D

Tuesday, 18 October 2011

[travelOgue] - PrOlogue Of Romance Dawn.

salam..

PrOlogue of romance dawn.
Aku da lame nk wat travelog neh..cuma tak berape kesampaian masa atas sebab2 tertentu.. ngeh9.. Atas permintaan seorang hamba Allah yang sangat cumel (ehem2..) maka aku tunaikan untuk menulis tempat2 yang pernah dilawati sepanjang berada Disini..

24/4/2007(rasenye la) adalah tarikh aku meninggalkan semua yang aku miliki dimalaysia termasuk bantal busuk yang dicintai serta buku2 komik yang amat ku sayangi.. families included..! anyway, back to the topic.. firstly ofkos ku jejak adalah bumi SYRIA. wuuu~ bile jejak rasa nk patah balik tanah melayu oh.. dok atas flight tak nmpk bangunan dan pokok bunga yg cantek.. ha9.. Apakan daya, telah berjanji pada arwah ayahnda beta untuk menghabiskan ijazah disini. Dengan semangat yg luntur tp azam masih kukuh walaupun goyah ku gagahkan kaki untuk melangkah.

Selepas kira2 satu jam ku di damascus, takde la teruk sangat damascus neh.Walaupon tak macam K.L tapi ada bau2 bacang dgn Bandar setelit Guar chempedak, kedah pon kire ok la.. (haha2.. teruk sgt tuh..) bandar damascus ni agak terancang la da capital syria kan dan kekal dengan konsep Old city contohnya, kubu dan tembok2 yang b'abad masih lg dijaga. fascinating.!

Dalam travelOgue neh, aku akan masuk kan sume tempat2 yang pernah ditakluk olehku Syria,Jordan,Lubnan.hu9~ Entry lepas nih, bermula dengan damascus. Nak tao pasal damascus klik sini. senang ckit..hoho~

Rasanya, cukup la setakat neh. Nanti la den sambung balik. Tetibo raso mengantok.. haha...

Next: [travelOgue] - damascus(heart of old city)

 
berjalan2 di souq hamidieh