Thursday, 20 February 2014

QnA Munakahat



Suatu malam yang akan happening, Aku pulang keletihan dari kerja dalam jam 2200. Kemudian disusuli oleh adik aku pula balik dari kerja. kami salin baju tanpa mandi hanya basuh kepala terus.. Ahhh... Segar! sebab aku ingat pesan Mak Tam (mak sedara) " Hang jangan mandi malam-malam, tak elok! kalau hang nak mandi juga lepaih pukui 12 malam" katanya. Tak mengapa Mak Tam, orang jama' mandi malam dengan pagi esok dalam satu niat.. See, Settle masalah gua..! pandai ambil hati orang tua-tua dan bau aku mantain wangi.. hmm hmm... kot.

Selepas itu kami sama-sama lepak di depan televisyen. Pada masa itu, Mak buka cerita pasal sepupu aku kahwin yang berwakil walikan kepada Paksu yang mewakilkn kepada imam. lantas adik aku bertanya...

"kenapa Paksu jadi wali..?"

"sebab dia adik Pakteh.. saudara lelaki yang tinggal" jawab mak selamba seperti ustazah.

"habistu nanti siapa wali shah..?

hhaaaaaaaaa...... Apakah..!? Fuhh.. Bahan aku malam ni.! ujar dalam hati.. 

"kau tu lelaki nak wali kejadahnya, Nak kawen 18x pon tak payah wali, bini kau la kena wali.!" Perghh.. Sumpah aku tak kan biarkan peluang ini.

"wali ni untuk perempuan je, contohnya kalau EL (abang ipar aku) mati, anak kak ida tu nanti adik beradik lelaki EL yang jadi wali sebab diorang yang terdekat" Syarahan mak lebih lanjut. tapi.. tapi kenapa mak guna contoh kalau menantu dia meninggal pulak.! tak suka menantu ke apa eh. haiyaa..

kemudian soalan pantas dari adik aku...

"Hmmm.. kenapa tak bagi kak ida je yang jadi wali untuk anak dia.!?" soalan paling bijaksana dia.

Aku terus tukar Channel Astro Oasis.


............................................................................................
P/s: Contohi la perangai dia ni, ringan mulut bertanya, kalau aku sumpah tak tanya dah. seumur hidup bangang abadi.









Wednesday, 19 February 2014

Selamanya dia!


2007--
Di KLIA, aku salam tangannya tapi aku tidak kucup pipinya. Ego-- 
aku tak tahu.. itu kali terakhir aku bersalaman denganya.
Aku menyelusuri tangga dan berpaling lihat wajah emak-- sayu. Aku menapak selangkah dua, aku berpaling lagi wajah keluargaku, senyum-- juga kelat. Kemudian aku beralih ke wajahnya, tiada senyum-- tiada sedih. langkah hampa aku berlalu hingga bayang tubuhnya dihalang tembok konkrit.

Hari Raya--
Aku telefon, emak bercakap. Kemudian diberi padanya, dia berkata-kata. Hanya berbual sedikit bertanya khabar-pelajaran dia memberi semula pada emak. 
Genap Raya yang ketiga kali di sana, tiada lagi suaranya. Hanya emak wakil bicara cuma dikirim salam-maaf padanya.
Mungkin itu kali terakhir aku bicara dengannya. Kali terakhir mendengar suaranya. 
Mungkin-- Aku lupa.

Sambutan Maulud Nabi 2009--
Aku bangun lewat kebiasaan hari cuti umum. Namun masih awal.
aku capai telefon, buka mesej-- dari kakak ku--. 
 "Ayah dah tiada"
Tergamam.
waktu terhenti. tak berkedip mata.
Ahh.. Aku pusing, hatiku gundah. jiwa aku meracau. aku sangka mimpi dan aku harap ia mimpi! air-mata keluar selaju aku berlari mencari telefon. Dalam teresak-esak ku capai saja kepunyaan kawan. 
bergetar-getar tangan aku menekan nombor.
aku buat panggilan pada emak. ia berdering-- agak lama.
Dinding rumah ku tumbuk, luka ditangan tiada peduli, melepas geram-hiba. keseorangan aku meraung diluar rumah tiada siapa melihat. Dunia kelam-- aku terus menangis-- seperti bayi. 
Mengetahui ia realiti-- bukan lah mimpi.!
tika itu, masa itu,
 tubuhnya sedang dikebumikan.
Berbekal beberapa wang aku bertekad, beria mahu pulang, bersungguh mahu balik, walau apa cara.
Tapi lembut emak memesan, tak perlu pulang. 
agak lama bertelagah-- aku akur.
kemudian aku berwudu'-- dicium al-kitab itu.. 
Menahan sebak--
fikirkan dia. teringat akan dia.

Dahulu--
Aku tak pernah dengar kata--
aku selalu degil-- tapi dia tabah.
kami tak sehaluan-- tapi tak melarat.
aku lebihkan kawan-- dia lebihkan aku.
aku pentingkan diri-- dia pentingkan aku.
aku sering bergaduh-- 
dia tetap maafkan aku.

Kini--
kalau lah kini----- Hmmm.
dan ini,
kata-kata yang amat berat aku ucap dahulu, sangat berat kerana ego ku sebesar galaksi.
kata-kata tak pernah singgah ke cuping telinganya
dan kini baru aku ingin bersuara.
...........
"Ayah, orang rindukan Ayah.. sangat-sangat rindu" 
" Ayah maafkanlah salah-silap orang"
aku tahu walau air-mata selautan, dia tak akan kembali.
dia telah pergi--
hingga kiamat nanti. 
kita berjumpa lagi. InsyAllah.

" Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah keturunan zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua Ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa hitungan amal dan pembalasan"-  Ibrahim : 40-41

"Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"-  Isra' : 24

Semoga Ayah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan diganjarkan syurga Allah. Amin.






Tuesday, 18 February 2014

Takdir



dia bagi hati untuk dijaga-cakna,
perasaannya sama juga
kalaulah ia tahu,
apa dia lalui tahun-tahun dulu.
demi kasih, ia pergi.
demi sayang, ia tak berpaling lagi.

dia gores hatinya,dia rimbuk perasaannya-
tak berhati-perut ia kata!
Semantik, lebih baik dari harap balas cinta.

skrip tetap sama,
wayang juga sama,
biar dia sesal-kecewa,
asalkan nya gembira-bahagia.






Tuesday, 20 August 2013

Tahi Nyamuk


Ada match Chelsea lwn Hull City. Aku, adik-adik dan mak tercongok depan tv tapi adik aku seorang lagi sudah tidur.. dia tak minat sukan bola.. dia suka sukan renang.. uh..

Masa kami tengah khusyuk tengok bola, mak aku sebagai peng-anti tegar Chelsea juga merupakan Ultras Barcelona mula buat spekulasi bahawa Chelsea akan kalah seperti Arsenal..

tapi ini bukan cerita pasal bola.. ceritanya macam ini..

Masa tengah nonton, adik aku dah terbunkang tidur di tengah-tengah kami ni.. tiba-tiba, "Panngggg" Mak aku tampar muka adik aku.. aku terkejut lah.. kenapa ni..?

Adik aku separa sedar dan berdengus berkata,

" Eeee, apa mak ni.. kan dah terjaga..."

Mak aku menjawab,

 " Nyamuk lah...."

Adik aku bising-bising dan sambung tidur..

Kemudian mak aku bersuara,

" Nyamuk ke tahi lalat eh....", sambil cari nyamuk tadi di tapak tangan...


P/s : Power kaca-mata mak aku ada la dalam 300 - 400++.....


Thursday, 30 May 2013

Berani


Bila tahu perkara sebenar- kering tekak, lembab mata--
apa nak buat, dinosour sudah jadi petroleum,
aku semai benih harap pokok bunga kembang mekar di kemudian hari-
baru aku sedar, biji yang dianggap benih tu sudah rosak-- memang tidak akan tumbuh pon.
lelah aku tunggu hasilnya.

lelaki kena lah kental jiwanya--
tampak orang berupa si gasar, ditumbuk tak tumbang-- di pasak masih steady.
tapi sayangnya- hati selembut tisu, macam mana nak cover lagi.

kadang aku jadi telinga mereka yang bersedih di rempuh duka--
aku dengar, mulut pula berkumat kamit beri harapan lagi berjenaka-gembira.
bahagia sungguh mereka.
iyalah. dalam hati siapa yang tahu.
itu saja aku mampu. selesai.

kisah malam itu.

puncanya aku juga salah--
bertanya rupa sahabat, bergurau rupa teman karib.
nah. bocor semua kata-perasaannya.
aku dapat apa aku mahu. tapi sedih ini aku tak mahu.
ahh. sibuk bertandang dihati pula.

sekarang--
aku lalui apa yang ditempuh mereka-mereka itu,
mana telinga? mana bibir pemberi harapan?
perit jiwa tiada peduli.

sudahnya, di hempuk baru mendongak ke atas--
mohon kekuatan bagai. ahh.. tak tahu malu,
pentingkan diri saja.
hoi. orang lain sudah pusingan kedua rentas galaksi,
kau bergomol bantal terperuk layan nyanyian syaitan.

------

eh. aku sudah mula bertatih lah.
lepas ini aku bertati. berjalan. berlari--
keluar mengejar cahaya.


Monday, 29 April 2013

Dewasa ini

Akhir ini aku faham, aku bukan punya segala--
Akhir ini aku faham, erti sebuah kasih sayang--
Akhir ini aku faham, menjaga hati seorang insan--
Akhir ini aku faham, aku kehilangan.

Di pukul di pasung aku bertahan--
membalas batu dengan kasih.

Memang lumrah isi karma agaknya-

Ah.! rileks la.. Manusia makin tua..

Thursday, 25 April 2013

Amaran keras PRU 13


kawan-kawan saya pergi memasang bendera tanpa upah--
kawan-kawan saya berkempen tanpa peduli penat lelah--
kawan-kawan saya pergi jelajah tanpa sumbangan kewangan--
kawan-kawan saya membanting tulang menyediakan tempat--
kawan-kawan saya meninggalkan anak dan isteri demi kamu,
kawan-kawan saya meninggalkan ibu ayah temani kamu,
kawan-kawan saya menyokong tanpa ragu dan yakin dengan KAMU.

Amaran saya kepada Calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, andai kamu khianati kawan-kawan saya yang sedang berjuang di jalan Allah dengan menyokong kalian biar sebesar zarah sekali pon. Sumpah LAHANAT dan CELAKA lah keatas kamu atas apa yang telah dikerjakan mereka membantu kalian. Jadilah kamu sebahagian 'kayu-kayu' api yang membakar di JAHANAM kelak dengan apa yang kamu khianati mereka.

Semoga Allah bersama kalian wahai sahabat-sahabat.